Anda adalah orang yang sangat malang jika:
- Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana berada di tengah jalan anda.
- Anda terlewat bangun pagi dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam.
- Anda dirotan kerana tidak menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru di sekolah lalu anda menyalahkan guru kerana bersikap kejam terhadap anda.
- Anda gagal dalam peperiksaan Matematik Tambahan lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda menirunya.
- Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan.
- Anda tidak mahu menghadiri kelas tambahan kerana anda rasa cikgu anda mengganggu waktu makan dan tidur anda.
- Anda kalah dalam perlawanan bola sepak lalu anda salahkan syarikat pembuat bola itu kerana menghasilkan produk yang tidak berkualiti.
Anda sangat malang kerana...
Jika sikap dan pemikiran begini kekal dalam diri anda,
Anda tidak akan berjaya atau bahagia seumur hidup anda.
Fikirkan...
WAHAI SAHABAT SEPERJUANGAN!!
