Pages

Showing posts with label kami sayang kelas kami. Show all posts
Showing posts with label kami sayang kelas kami. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

transformasi mengejut . [silelah ternganga] part kedua

Assalamualaikum . .

y0 ! yo ! wazup wazup ! apa habaq naa ? sihat ka ? sakit ka ? rindu ta sama kami ? eceh eceh . malu malu pulak . ay0oh ! suda suda . kamera ready ? crew ready ? live in 3 , 2 , 1 ! action .

salam hormat dan salam bersalaman . 


sari berita utama .transformasi kali kedua telah berlaku .  kali ini suatu kejadian menggemparkan telah berlaku . rakyat-rakyat seri gading sedang kecoh tentang berita ini . semua orang sedang tertanya-tanya apa yang telah berlaku . jika dahulu anda hanya terkelu . tetapi kali ini , anda diminta untuk ternganga . kejadian ini telah terjadi pada 20 januari 2011 . 6 hari selepas kejadian yang pertama berlaku . ayuh ! kita singkap apa yang berlaku.


jika dahulu transformasi secara kecil-kecilan dan secara haram telah berlaku , tetapi pada kali ini , transformasi besar-besaran dan secara terang-terangan telah berlaku . pada 14 januari yang lalu kira-kira 6 remaja terlibat , tetapi pada kali ini hampir 30 orang remaja terlibat termasuk seorang lelaki dewasa. kejadian yang dianggap mengejut sehingga ternganga ini berlaku ketika orang ramai sibuk bercuti dan membuat rombongan beramai-ramai ke batu caves bersemperna dengan perayaaan thaipusam .


setelah disiasat , kejadian ini berpunca apabila salah seorang daripada warga seri gading telah menegur berkenaan kelas 5sc1 . teguran yang membuatkan para penghuni sc1 tersedak , tersentak , terkelu , tersedu , terbatuk , terjatuh , serta terngadar membuatkan mereka bersemangat untuk menunjukkan keseriusan mereka menduduki kelas sc1 . 


dimana ada kemahuan , disitu ada kejayaan . genggam bara api biar sampai jadi arang . hendak seribu daya tak hendak seribu dalih . berat sama dipikul , ringan sama dijinjing . bersatu kita teguh bercerai kita roboh . cubit peha kiri , peha kanan terasa . dengan itu , maka , berlakulah transformasi terbesar dalam sejarah seri gading apabila dalam masa satu hari kelas yang dulu suram muram dan seram telah berubah 100% dalam masa tidak sampai 24 jam !


seorang perisik telah dihantar ketika kejadian itu berlaku . menurutnya, semua penghuni sedang sibuk mengecat kelas serta mewarna-warnikan kelas mereka. transformasi yang diangggarkan bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang . para penghuni telah dihidangkan dengan keropok lekor dan juga mihun goreng . [namun diconquer dengan penghuni lelaki]


pihak polis serta FBA tidak dapat berbuat apa-apa dengan kejadian yang berlaku . mereka dikatakan tidak dapat menahan suspek-suspek yang terlibat dalam peristiwa yang berlaku secara terang-terangan itu . [walaupun mereka mempunyai waran tangkap] . ambulans dan pertahanan awam hanya menggigit jari apabila tiada sebarang aktiviti menyelamat berlaku . orang awam yang melihat kejadian itu diminta menutup mulut .


dikatakan semua penghuni bekerja keras demi menjayakan rancangan terbesar ini . setiap daripada mereka telah melakukan pelbagai kerja seperti mengecat , menampal , mereka , mengelap dan mencuci . hasil seni yang dihasilkan pada minggu lepas turut dilesapkan daripada pandangan orang . semua logo dan motto yang direka telah dipamerkan untuk tontonan 13 tahun ke atas . [yela , mane ade budak sekolah rendah !]  


jiran mereka yang namanya telah dirahsiakan telah berkata "wah ! lawanya" apabila mereka terlihat hasil transformasi yang berlaku . hal ini menyebabkan penghuni sc1 tersenyum lebar hingga ke telinga dan berusaha untuk mengekalkan ceriaan itu . 

sesuatu yang menggembirakan telah berlaku . seorang warga yang mengeritik kelas mereka turut memuji mereka . dia yang muncul tiba-tiba secara berseorangan telah mengejutkan penduduk sc1 yang leka menyanyi . dengan hanya berdiri di belakang kelas , dia telah mengomen hasil kerja mereka . katanya  " baru cantik ! nice "  . dia turut mencadangkan dengan menambah cermin tingkap yang mungkin sudah ropong. selain itu , warga seri gading tersebut menyuruh supaya penduduk sc1 menambah bunga agar dapat menyerikan lagi kelas mereka . yang menjadi tanda tanya , dimanakan mahu mendapatkan stok bunga dan cermin tingkap ? kini , para penduduk sc1 mahu menuntut janji dengan meminta cikgu untuk membelanja mereka makan . [eh ! ya kew ?]


xera [ bukan nama sebenar] merupakan salah seorang suspek yang berjaya melakukan transformasi besar besaran sangat gembira dengan reaksi yang diberikan oleh pengeritik tersebut . dia yang kelihatan seperti mahu meloncat tinggi-tinggi hingga ke langit tidak dapat menyembunyikan senyuman yang terukir hanya kerana beberapa potong ayat . semoga , kelas science 1 dapat mengekalkan keceriaan mereka yang dikecapi sekarang ini .


sekian , kami melaporkan sekali lagi daripada buletin science1 .

Sunday, January 16, 2011

transformasi mengejut ! [silelah terkelu]

Assalamualaikum . .

pada hari jumaat yang lalu bersamaan dengan 14 Januari 2011 telah berlakunya satu peristiwa yang menggemparkan 5sc1 . kejadian ini berlaku dianggarkan pada pukul 2.00 petang selepas selesai persekolah sesi pagi . kejadian yang dianggap transformasi mengejut bakal mengejutkan pelajar-pelajar pada hari isnin kelak. transformasi yang dimaksudkan adalah daripada sebuah kelas putih kosong dan tidak mempunyai sebarang corak telah berubah seperti di tadika-tadika yang terdapat pada masa kini .

suspek utama yang terbabit kejadian ini ialah , xera [bukan nama sebenar , tika [bukan nama sebenar] , kyna de' cute [bukan nama dalam kad pengenalan] , nid-g [bukan nama sebenar] dan numi [juga bukan nama sebenar] . juga turut menjadi suspek ialah nadiah [bukan nama sebenar] kerana turut berada di dalam kelas memerhatikan mereka .suspek-suspek telah didakwa mengikut akta 2011 kanun kegembiraan atas sebab mencantikkan kelas dan menunggu respon cikgu untuk memberi komen atas aktiviti yang dilakukan . sabit kebetulan boleh menyebabkan mereka dipuji atau juga dipuja [konon] selama 11 bulan . tiada denda dikenakan kerana mereka mendapat loyalti atas penat lelah melakukan perubahan itu .

menurut saksi , mereka mendapat bahan mentah hasil daripada mengambil semula hak-hak mereka di kelas 4sc1 pada tahun 2010 . antaranya berus , watercolour , dan kain rentang . bahan-bahan ini telah diguna pakai untuk menghasilkan satu seni yang hanya difahami oleh mereka yang melakarnya . walaupun mereka tidak mengambil subjek pendidikan seni , sekurang-kurangnya hasil tangan mereka boleh mendapat sekurang-kurangnya A- dalam SPM . [ye kot]

segala respons bakal diketahui pada isnin ini . ayuh , kita beramai-ramai menyaksikan bagaimanakah reaksi penduduk-penduduk 5sc1 apabila melihat hasil kerja mereka . gembira ataupun sedih ? senang ataupun kecewa ? suka atau marah ? jangan lupa melihat siaran langsung pada jam 7 pagi dikelas 5sc1 . siaran ulangan tidak akan disiarkan . harap maklum . 
sekian , saya melaporkan daripada buletin 5science1 . kembali ke pentas utama .


sesi fotografi

sesi fotografi
5sn1+cikgu razak