Pages

Tuesday, November 8, 2011

'Seringgit' Sebelum 14/11/2011

Editor: ~ZiNiraH~

      Assalamualaikum sahabat2 dan pembaca2 sekalian.
Minggu depan dah kena pergi perang.Sepantas kilat masa berlalu.Alhamdulillah.Apa agaknya rasa di hati ya? Ada yang 'menggelupur' , resah gelisah , ataupun mungkin tenang belaka.haha.Siapa yang tak berebar kan kalau nak pergi ke suatu medan yang semestinya menguji segala ilmu yang kita pelajari (berpeluh-peluh cikgu2 ajar+ berbuih-buih mulut cikgu2 bercakap..) sepanjang 2 tahun. Yang pastinya,kita memang boleh balik semula bukannya pergi tak kembali pun.Perkara yang membezakan hanyalah reaksi selepas tamat peperiksaan SPM itu nanti.Kalau boleh,biarlah kita semua dapat 'senyum sokmo' sambil minum Milo Ais (kesukaan saya..hehe) dan seangkatan dengannya.
      Saya mewakili warga 5 Sains 1 nak ambil kesempatan ini untuk mohon maaf atas kesalahan sengaja atau tak disengajakan dan minta halal ilmu,makanan,minuman,alat tulis,buku,kertas,dawai kokot, dan macam2 lagi yang kami dah guna ya.Terutama sekali terhadap guru2 di SMKSG yang dah cukup bersabar dengan perangai kami yang kadang2 keanak-anakan.Jasa baik cikgu2 kami tak lupa.Doakan yang terbaik untuk kami ya cikgu2.
      Untuk sahabat2 seperjuangan, mari buktikan bahawasanya kita adalah 'Batch' yang terbaik! Jangan sia-siakan peluang yang terbentang luas di hadapan mata kita. Anggaplah segala kritikan yang dilemparkan sebagai kayu api yang akan menambah bara perjuangan kita ya. Jangan mudah putus asa sebab kita tak bersendirian.Kita adalah kita! 
(WE ARE US! WHEREVER WE ARE,WE ARE US! WE ALWAYS LIKE US!). 
Come on Batch 7/11 ! 

(Kenapa 7/11?..Sebab kami mula jejak SMKSG tahun 2007 dan kami bakal mengakhiri alam persekolahan dengan 'LUAR BIASA' pada tahun 2011. Insya-Allah.. )

Sebelum itu,saya bagi 'SERINGGIT' sebagai duit belanja sebelum masuk dewan peperiksaan ya.hehe


No comments:

Post a Comment

sesi fotografi

sesi fotografi
5sn1+cikgu razak