Tarikh: 10 September 2011
Hari: Sabtu
Editor: ~ZiNiraH~
Kami memulakan ekspidisi 'Raya Rayau' di lokasi pertama iaitu Rumah Hamizah.Boleh dikira sebagai tempat berkumpul untuk semua.Ekspidisi ini sudah dirancang beberapa hari yang lepas.Siapa yang tiada halangan dialu-alukan turut serta.
Tahniah buat rakan-rakan yang sudi hadir antaranya,Buapak kelas kami iaitu Zulhelmi Abdull Malik,Pemangku Buapak iaitu Atika Jamil disertai juga oleh golongan bangsawan yang terdiri daripada Akmal Samsol,Amirul Helmi Rahmat,Shafik Fashah Md.Noh,Saifuddin Baemon,Ahmad Zaki Mohd,Hamizah Arshad,Hazirah Saniran,Hidayah Baharudin,Farhanah Ruslan,Iman Farhanah Fadzil Muin,Fatin Najihah Mohd.Noh,Ayu Norani,Adilla Salam,Wahida Komari, dan Nadia Izzaty Yunos.Bila dihitung semuanya terdapat sejumlah 15 orang ahli berdaftar.
Walaupun kami sedang diduga dengan ombak separa besar atau kami gelarkan sebagai TRIAL,namun kami tetap ingin meneruskan hasrat ini kerana kami hormat pada guru kelas kami yang kami sayang tambah kagum tambah bangga tambah macam-macam lagi.Selain menambah koleksi duit raya,secara autokratiknya..eh! automatiknya..(Baru tamat Trial Sejarah)..dapatlah juga pererat silaturahim antara bangsawan sekalian.Setuju?
Gembira tambah seronok tambah teruja bersamaan ceria! Itulah yang dapat digambarkan melalui kata-kata meskipun sebenarnya tiada ungkapan penuh untuk meluahkan rasa dalam hati kami.Meskipun terdapat sdikit rasa cemas di akhir ekspidisi,biarlah kami sahaja yang ketahuinya.Mungkin ini kali pertama atau kedua dapat beraya bersama-sama dengan mereka.Mungkin jua akan jadi yang terakhir buat kelas kami.Asalkan ada niat di hati,pasti akan terlaksana juga ekspidisi sebegini untuk masa yang akan datang.
Baiklah kami titipkan kepada semua pengikut setia kami sedikit lakaran memori kami di beberapa buah lokasi ekspidisi.Semoga Aidilfitri ini memberi erti kemaafan dan kegembiraan yang sebenar.Jangan raya sahaja,pelajaran tetap menanti kita! Sampai jumpa lagi.Wassalam.




No comments:
Post a Comment