Pages

Tuesday, November 8, 2011

'Seringgit' Sebelum 14/11/2011

Editor: ~ZiNiraH~

      Assalamualaikum sahabat2 dan pembaca2 sekalian.
Minggu depan dah kena pergi perang.Sepantas kilat masa berlalu.Alhamdulillah.Apa agaknya rasa di hati ya? Ada yang 'menggelupur' , resah gelisah , ataupun mungkin tenang belaka.haha.Siapa yang tak berebar kan kalau nak pergi ke suatu medan yang semestinya menguji segala ilmu yang kita pelajari (berpeluh-peluh cikgu2 ajar+ berbuih-buih mulut cikgu2 bercakap..) sepanjang 2 tahun. Yang pastinya,kita memang boleh balik semula bukannya pergi tak kembali pun.Perkara yang membezakan hanyalah reaksi selepas tamat peperiksaan SPM itu nanti.Kalau boleh,biarlah kita semua dapat 'senyum sokmo' sambil minum Milo Ais (kesukaan saya..hehe) dan seangkatan dengannya.
      Saya mewakili warga 5 Sains 1 nak ambil kesempatan ini untuk mohon maaf atas kesalahan sengaja atau tak disengajakan dan minta halal ilmu,makanan,minuman,alat tulis,buku,kertas,dawai kokot, dan macam2 lagi yang kami dah guna ya.Terutama sekali terhadap guru2 di SMKSG yang dah cukup bersabar dengan perangai kami yang kadang2 keanak-anakan.Jasa baik cikgu2 kami tak lupa.Doakan yang terbaik untuk kami ya cikgu2.
      Untuk sahabat2 seperjuangan, mari buktikan bahawasanya kita adalah 'Batch' yang terbaik! Jangan sia-siakan peluang yang terbentang luas di hadapan mata kita. Anggaplah segala kritikan yang dilemparkan sebagai kayu api yang akan menambah bara perjuangan kita ya. Jangan mudah putus asa sebab kita tak bersendirian.Kita adalah kita! 
(WE ARE US! WHEREVER WE ARE,WE ARE US! WE ALWAYS LIKE US!). 
Come on Batch 7/11 ! 

(Kenapa 7/11?..Sebab kami mula jejak SMKSG tahun 2007 dan kami bakal mengakhiri alam persekolahan dengan 'LUAR BIASA' pada tahun 2011. Insya-Allah.. )

Sebelum itu,saya bagi 'SERINGGIT' sebagai duit belanja sebelum masuk dewan peperiksaan ya.hehe


Saturday, September 10, 2011

RAYA RAYAU

Tarikh: 10 September 2011
Hari: Sabtu
Editor: ~ZiNiraH~

             Kami memulakan ekspidisi 'Raya Rayau' di lokasi pertama iaitu Rumah Hamizah.Boleh dikira sebagai tempat berkumpul untuk semua.Ekspidisi ini sudah dirancang beberapa hari yang lepas.Siapa yang tiada halangan dialu-alukan turut serta.
             Tahniah buat rakan-rakan yang  sudi hadir antaranya,Buapak kelas kami iaitu Zulhelmi Abdull Malik,Pemangku Buapak iaitu Atika Jamil disertai juga oleh golongan bangsawan yang terdiri daripada Akmal Samsol,Amirul Helmi Rahmat,Shafik Fashah Md.Noh,Saifuddin Baemon,Ahmad Zaki Mohd,Hamizah Arshad,Hazirah Saniran,Hidayah Baharudin,Farhanah Ruslan,Iman Farhanah Fadzil Muin,Fatin Najihah Mohd.Noh,Ayu Norani,Adilla Salam,Wahida Komari, dan Nadia Izzaty Yunos.Bila dihitung semuanya terdapat sejumlah 15 orang ahli berdaftar.
             Walaupun kami sedang diduga dengan ombak separa besar atau kami gelarkan sebagai TRIAL,namun kami tetap ingin meneruskan hasrat ini kerana kami hormat pada guru kelas kami yang kami sayang tambah kagum tambah bangga tambah macam-macam lagi.Selain menambah koleksi duit raya,secara autokratiknya..eh! automatiknya..(Baru tamat Trial Sejarah)..dapatlah juga pererat silaturahim antara bangsawan sekalian.Setuju?
             Gembira tambah seronok tambah teruja bersamaan ceria! Itulah yang dapat digambarkan melalui kata-kata meskipun sebenarnya tiada ungkapan penuh untuk meluahkan rasa dalam hati kami.Meskipun terdapat sdikit rasa cemas di akhir ekspidisi,biarlah kami sahaja yang ketahuinya.Mungkin ini kali pertama atau kedua dapat beraya bersama-sama dengan mereka.Mungkin jua akan jadi yang terakhir buat kelas kami.Asalkan ada niat di hati,pasti akan terlaksana juga ekspidisi sebegini untuk masa yang akan datang.
            Baiklah kami titipkan kepada semua pengikut setia kami sedikit lakaran memori kami di beberapa buah lokasi ekspidisi.Semoga Aidilfitri ini memberi erti kemaafan dan kegembiraan yang sebenar.Jangan raya sahaja,pelajaran tetap menanti kita! Sampai jumpa lagi.Wassalam.



Saturday, August 13, 2011

Confidence,Trust and Hope (for the best)


CONFIDENCE
Once, all village people decided to pray for rain. 
On the day of prayer,
all the people gathered but only one boy came with an umbrella;
that's Confidence.

TRUST
Trust should be like the feeling of a one-year-old baby. 
When you throw him in the air, he laughs... 
because he knows you will catch him; 
that's Trust.

HOPE
Every night we go to bed, 
we have no assurance to get up alive in the next
morning but still we make plans for the coming day;
that's Hope.

ALWAYS MAINTAIN YOUR CONFIDENCE
HAVE SOME TRUST IN OTHERS
and NEVER LOSE HOPE!

Never regret a day in your life.
Good days give you happiness;
Bad days give you experiences;
Both are essential to life

Friday, May 27, 2011

Nanti ! Jangan ! Tunggu ! Sabar !

Pasca keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) keluar nanti,
Mungkin banyak yang akan merintih,merungut,meraung,meroyan,meronta,
dan macam-macam lagi agaknya.
Bagi rakan-rakan yang masih mampu mengekalkan keputusan cemerlang,
takkan jadi semua yang tersebut di atas itu..mereka akan senyum sokmo!

Sebelum 5M tersebut jadi realiti..di sini saya nak bagi tips.
Tak banyak mana pun,5 muka surat (termasuk kulit hadapan/belakang) hihi..
Peribahasa ada mengatakan,'sediakan payung sebelum hujan'.
Baiklah,saya terus ke matlamat utama coretan kali ni.

Slot Muhasabah 
(Bukan munasarawak mahupun munaNNMB/munaNNMTB)
















Saya :  Pandang semula ke belakang.
Anda : Bukan ke kita tak boleh pandang belakang lagi? Macam mana nak maju?
Saya :  Benarkah sudah belajar dengan bersungguh-sungguh?Atau sebenarnya kita masih bermain-main dan agak sambil lewa?

Saya :  Pandang semula ke belakang.
Anda : Belajar sampai pukul 5 petang,kelas tambahan cikgu buat,saya sentiasa 'online'.. itu main-main ke?
Saya :  Apakah kita ini benar-benar menjaga hati guru yang mengajar kita?Atau kita pernah mengecewakannya, tidak beradab dengannya dan sebagainya?

Saya :  Pandang semula ke belakang.
Anda : Cikgu pakai baju warna apa,makan apa,semua saya tahu..Tiap-tiap hari jenguk di bilik guru.
Saya :  Apakah kita ini telah berusaha menjaga hati sahabat-sahabat kita, dan orang lain?Atau kita pernah melukakan mereka, menganiayai mereka, berkata buruk kepada mereka, dan sebagainya?

Saya :  Pandang semula ke belakang.
Anda : Sahabat saya buat salah besar manapun,saya tetap maafkan.Inikan pula terlintas untuk aniaya mereka?
Saya :  Bagaimanakah hubungan kita terhadap ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara mara kita?Mungkin pernah kita buat sesuatu yang buruk buat mereka?

Saya :  Pandang semula ke belakang.
Anda : Saya tak pernah cakap kasar ataupun tak peduli dengan ayah,ibu,abang,kakak,adik,pak cik,mak cik..Selalu tolong ini dan itu.Tak pernah minta balasan pun.
Saya :  Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah SWT dan agamaNya? Apakah kita melaksanakan perintahNya? Adakah kita meninggalkan laranganNya? Atau kita tidak peduli dengan itu semua?

Anda : Perlu ke pandang semua ini lagi? Saya rasa tak perlulah..
Saya :  Ya. Pandang semua ini. Pandang.Kemungkinan, keputusan yang buruk, yang mengecewakan, yang tidak mencapai sasaran kita itu, kita perolehi kerana sikap kita yang lalu, yang belum kita usaha untuk diampunkan.Bukan salah Allah SWT sebenarnya. Salah kita.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”
Surah Asy-Syuura ayat 30.

Slot Bina Kekuatan
(Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek)




















Jangan tanam dalam diri,
kalau dapat keputusan yang mengecewakan, itu tandanya Allah tidak sayang dengan kita.
Tidak! Bahkan, keputusan yang mengecewakan itulah tandanya Allah masih sayang kepada kita.


Kita yang banyak dosa, tidak dibiarkan cemerlang begitu sahaja, agar kita mampu memperbaiki diri kita. Kalau tidak diberikan ‘hentakan yang kuat’ ini, mungkin jadilah kita hambaNya yang ingkar sentiasa,
tanpa punya peluang tersedar dari alpa. Tidakkah kita memerhatikan?

Dan mungkin juga, kita ini tak banyak dosa, tetapi keputusan tetap mengecewakan.
Itulah dia ujian. Ujian adalah untuk peningkatan, tapisan.
Allah ingin kita meningkat satu tahap lagi dalam hubungan kita dengan Dia.
Bukankah itu satu perkara yang amat menyenangkan?
Tidakkah kita memerhatikan?

Maka jangan kecewa.
Pandang secara rasional.
Tempoh persediaan memang tak lama.
Tetapi, tempoh ini bakal kita manfaatkan.
Kita pandang semula.
Semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita.

*Petikan ini diolah semula selepas diadaptasi dari Blog LangitIlahi.com
 

Wednesday, March 16, 2011

na tawu ta .. [sila bulatkan mata anda]

assalamualaikum ! assalamualaikum ! assalamualaikum ! [echo-lah]


hye korang . hah , na tawu satu eh ta dua cerita ta ? oke ! sila tepuk tangan . [bunyi tepuk tangan] sekian , terima kasih .. [hah ? blurr  O_o] gedebushh !! 
oke ! mase untuk serius . tik tok tik tok . 

gedunggedunggedunggedung [bunyi gendang ta jadi sbb tanya orang uh lambat balas]


ceritanya bermula apabila , perdana menteri 5science1 telah mencadangkan kepada pembesar-pembesar istana untuk menuntut ilmu di luar istana yang INDAH itu . ibarat disorongkan bantal , maka laksamana hazirah telah menghebohkan berita itu kepada seluruh rakyat melalui facebook . [zaman moden ! ta pakai lagi bunyi bunyi pastu ade hikayat itu] 


malang tidak berbau , berita itu tidak memberi apa-apa perubahan pun kepada mereka . [hampa ! =.='] berbekalkan dua permaidani dibuat daripada bulu beruang yang ditempah khas daripada kutub selatan dan dijahit oleh tukang jahit terkenal diarab dan telah dipastikan kualitinya diladang lembu di new zealand, maka duduk bersilalah rakyat sciencesatu . [auta bekala part permaidani itu] lalu , bermulalah sesi atuk-nenek-bercerita-kat-depan-cucu-pun-dengar.


sambil sambil bercerita tu , mereka telah dihidangkan dengan kuih-muih yang ditempah khas daripada restoran terkemuka dinegera itu . [ceh !] sambil menyelam minum air . sambil sambil atuk dan nenek itu  bercerita , laksamana , dan teman-temannya telah bermain aku-pukul-kau-pukul-orang-sebelah. 


na tawu ta , semut kerengga juga tidak ketinggalan mendengar cerita atuk dan nenek . nah ! kabus di perbukitan. negara itu sedang belajar hikayat itu . na dijadikan cerita, adelah tukang tukang kebun istana sedang membakar sampah . lalu , terjadilah kabus di bawah pokok kelapa . amek feel amek feel . ish ish ish . 


tengok kiri , tengok kanan , tengok atas . tengok depan , tengok belakang . oh ! pedagang dari negara lain memandang rakyat sciencesatu hairan . mengapakah ? setelah satu jam dua jam berlalu , sesi bercerita pun tamat . selepas berkemas kemas , rakyat sciencesatu pun beramai ramai membuat rombongan ke kantin untuk bersantap . lapar ! 


konklusinya , pembelajaran di luar kelas menyebabkan rakyat sciencesatu teruja amat . kau ade ? kau ade ? ta de kan . jadi ! jangan cemburu .

sesi fotografi

sesi fotografi
5sn1+cikgu razak