Assalamualaikum . .
pada hari jumaat yang lalu bersamaan dengan 14 Januari 2011 telah berlakunya satu peristiwa yang menggemparkan 5sc1 . kejadian ini berlaku dianggarkan pada pukul 2.00 petang selepas selesai persekolah sesi pagi . kejadian yang dianggap transformasi mengejut bakal mengejutkan pelajar-pelajar pada hari isnin kelak. transformasi yang dimaksudkan adalah daripada sebuah kelas putih kosong dan tidak mempunyai sebarang corak telah berubah seperti di tadika-tadika yang terdapat pada masa kini .
suspek utama yang terbabit kejadian ini ialah , xera [bukan nama sebenar , tika [bukan nama sebenar] , kyna de' cute [bukan nama dalam kad pengenalan] , nid-g [bukan nama sebenar] dan numi [juga bukan nama sebenar] . juga turut menjadi suspek ialah nadiah [bukan nama sebenar] kerana turut berada di dalam kelas memerhatikan mereka .suspek-suspek telah didakwa mengikut akta 2011 kanun kegembiraan atas sebab mencantikkan kelas dan menunggu respon cikgu untuk memberi komen atas aktiviti yang dilakukan . sabit kebetulan boleh menyebabkan mereka dipuji atau juga dipuja [konon] selama 11 bulan . tiada denda dikenakan kerana mereka mendapat loyalti atas penat lelah melakukan perubahan itu .
menurut saksi , mereka mendapat bahan mentah hasil daripada mengambil semula hak-hak mereka di kelas 4sc1 pada tahun 2010 . antaranya berus , watercolour , dan kain rentang . bahan-bahan ini telah diguna pakai untuk menghasilkan satu seni yang hanya difahami oleh mereka yang melakarnya . walaupun mereka tidak mengambil subjek pendidikan seni , sekurang-kurangnya hasil tangan mereka boleh mendapat sekurang-kurangnya A- dalam SPM . [ye kot]
segala respons bakal diketahui pada isnin ini . ayuh , kita beramai-ramai menyaksikan bagaimanakah reaksi penduduk-penduduk 5sc1 apabila melihat hasil kerja mereka . gembira ataupun sedih ? senang ataupun kecewa ? suka atau marah ? jangan lupa melihat siaran langsung pada jam 7 pagi dikelas 5sc1 . siaran ulangan tidak akan disiarkan . harap maklum .
sekian , saya melaporkan daripada buletin 5science1 . kembali ke pentas utama .
No comments:
Post a Comment