Assalamualaikum WB.T.
Hari ni berape hari bulan?
Sape taw angkat ibu jari kaki kiri ehh..
Yup!! 10 MAC 2011..
(Dah tu kenape pulak??)
Haha..meh sini dengar story..
Hari ni hari lahir 2 insan istimewa..
Bukan golongan istimewa tapi betul2 mereka yang istimewa..
Untuk family 5Sains1..
1)Cikgu Zainal Abidin Hassan
48 tahun
*(comel kan? senyum sokmo!) *
2)Nor Ayu Mohd.Norani
17 tahun
*(Memang ayu seyh..)*
Punye lar ssah nak adjust hadiah and mase yg ssuai..
Yelah,,even x grand pun..
Yg pnting kami nk celebration tu meriah jek..
3 lagu kami karaoke taw..
Jgn jeles ye!
Nak cerita sume mmg tak lengkap..
Tapi cukup lar followers sume taw yg mereka tu..
Special untuk kami,5Sains1..
()""*() .:*""*:.,.:*""*:.
( 'o', ) * H-a-P-P-y *
(,(")(") "*:.b'day.:*"
Wishing aLL d'bez for yOu
May yOu HavE a BriGhTer LiFe
God reaLLy LovE yOu :)
We are us,wherever we are,we are us,we always like us!
Thursday, March 10, 2011
Monday, March 7, 2011
Masyuk weyh!
Assalamualaikum W.B.T.
To all penduduk Kota Metropolitan 5 Sains 1!
Kenduri besar-besaran ya?
Maklumlah,dapat rezeki ibarat Tembok Besar China RUNTUH..hehe
Ape2 pun,jom ucapkan Alhamdulillah..
Selagi duit masih masyuk nih..
Bayangkanlah,RM 10 setiap minggu..
Jamuan akhir tahun boleh buat kat Katerina Hotel nih..(bajet sudah..)
Jgn pulak x hengat dunia ea kwn2!!
Untuk dua minggu berturut-turut,
dengan rendah diri & bersyukurnya..
ingin kami habaq mai kat suma reader blog nih..
bahawa kami telah menjadi JUARA!
Pertandingan Kebersihan & Kecerian Kelas
Kategori Menengah Atas..
(HAHA! cepat lah ucap congratz kat shoutbox sebelah tu..)
Even kami dh menang 2 kali nih..
Tak semestinya akn terus jadi juara kan?
So,dgn ini..
Kami nk share rahsia kat korang..
Kitorang akn tmbah2 lg DECO bersama Za'bha Leong kami yg tersayang..!
Korang sume jgn bagi kitorang menang lagi lar ye!
Takut piala pusingan tu jd hak milik kekal pulak..
Okeh lar..smpai sini dulu..
Ape2 nanti kite roger2 lagi..
Adios!!
To all penduduk Kota Metropolitan 5 Sains 1!
Kenduri besar-besaran ya?
Maklumlah,dapat rezeki ibarat Tembok Besar China RUNTUH..hehe
Ape2 pun,jom ucapkan Alhamdulillah..
Selagi duit masih masyuk nih..
Bayangkanlah,RM 10 setiap minggu..
Jamuan akhir tahun boleh buat kat Katerina Hotel nih..(bajet sudah..)
Jgn pulak x hengat dunia ea kwn2!!
Untuk dua minggu berturut-turut,
dengan rendah diri & bersyukurnya..
ingin kami habaq mai kat suma reader blog nih..
bahawa kami telah menjadi JUARA!
Pertandingan Kebersihan & Kecerian Kelas
Kategori Menengah Atas..
(HAHA! cepat lah ucap congratz kat shoutbox sebelah tu..)
Even kami dh menang 2 kali nih..
Tak semestinya akn terus jadi juara kan?
So,dgn ini..
Kami nk share rahsia kat korang..
Kitorang akn tmbah2 lg DECO bersama Za'bha Leong kami yg tersayang..!
Korang sume jgn bagi kitorang menang lagi lar ye!
Takut piala pusingan tu jd hak milik kekal pulak..
Okeh lar..smpai sini dulu..
Ape2 nanti kite roger2 lagi..
Adios!!
Friday, February 25, 2011
Adakah anda seorang yang MALANG?
Anda adalah orang yang sangat malang jika:
- Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana berada di tengah jalan anda.
- Anda terlewat bangun pagi dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam.
- Anda dirotan kerana tidak menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru di sekolah lalu anda menyalahkan guru kerana bersikap kejam terhadap anda.
- Anda gagal dalam peperiksaan Matematik Tambahan lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda menirunya.
- Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan.
- Anda tidak mahu menghadiri kelas tambahan kerana anda rasa cikgu anda mengganggu waktu makan dan tidur anda.
- Anda kalah dalam perlawanan bola sepak lalu anda salahkan syarikat pembuat bola itu kerana menghasilkan produk yang tidak berkualiti.
Anda sangat malang kerana...
Jika sikap dan pemikiran begini kekal dalam diri anda,
Anda tidak akan berjaya atau bahagia seumur hidup anda.
Fikirkan...
WAHAI SAHABAT SEPERJUANGAN!!
Saturday, January 22, 2011
transformasi mengejut . [silelah ternganga] part kedua
Assalamualaikum . .
y0 ! yo ! wazup wazup ! apa habaq naa ? sihat ka ? sakit ka ? rindu ta sama kami ? eceh eceh . malu malu pulak . ay0oh ! suda suda . kamera ready ? crew ready ? live in 3 , 2 , 1 ! action .
sari berita utama .transformasi kali kedua telah berlaku . kali ini suatu kejadian menggemparkan telah berlaku . rakyat-rakyat seri gading sedang kecoh tentang berita ini . semua orang sedang tertanya-tanya apa yang telah berlaku . jika dahulu anda hanya terkelu . tetapi kali ini , anda diminta untuk ternganga . kejadian ini telah terjadi pada 20 januari 2011 . 6 hari selepas kejadian yang pertama berlaku . ayuh ! kita singkap apa yang berlaku.
jika dahulu transformasi secara kecil-kecilan dan secara haram telah berlaku , tetapi pada kali ini , transformasi besar-besaran dan secara terang-terangan telah berlaku . pada 14 januari yang lalu kira-kira 6 remaja terlibat , tetapi pada kali ini hampir 30 orang remaja terlibat termasuk seorang lelaki dewasa. kejadian yang dianggap mengejut sehingga ternganga ini berlaku ketika orang ramai sibuk bercuti dan membuat rombongan beramai-ramai ke batu caves bersemperna dengan perayaaan thaipusam .
setelah disiasat , kejadian ini berpunca apabila salah seorang daripada warga seri gading telah menegur berkenaan kelas 5sc1 . teguran yang membuatkan para penghuni sc1 tersedak , tersentak , terkelu , tersedu , terbatuk , terjatuh , serta terngadar membuatkan mereka bersemangat untuk menunjukkan keseriusan mereka menduduki kelas sc1 .
dimana ada kemahuan , disitu ada kejayaan . genggam bara api biar sampai jadi arang . hendak seribu daya tak hendak seribu dalih . berat sama dipikul , ringan sama dijinjing . bersatu kita teguh bercerai kita roboh . cubit peha kiri , peha kanan terasa . dengan itu , maka , berlakulah transformasi terbesar dalam sejarah seri gading apabila dalam masa satu hari kelas yang dulu suram muram dan seram telah berubah 100% dalam masa tidak sampai 24 jam !
seorang perisik telah dihantar ketika kejadian itu berlaku . menurutnya, semua penghuni sedang sibuk mengecat kelas serta mewarna-warnikan kelas mereka. transformasi yang diangggarkan bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang . para penghuni telah dihidangkan dengan keropok lekor dan juga mihun goreng . [namun diconquer dengan penghuni lelaki]
pihak polis serta FBA tidak dapat berbuat apa-apa dengan kejadian yang berlaku . mereka dikatakan tidak dapat menahan suspek-suspek yang terlibat dalam peristiwa yang berlaku secara terang-terangan itu . [walaupun mereka mempunyai waran tangkap] . ambulans dan pertahanan awam hanya menggigit jari apabila tiada sebarang aktiviti menyelamat berlaku . orang awam yang melihat kejadian itu diminta menutup mulut .
dikatakan semua penghuni bekerja keras demi menjayakan rancangan terbesar ini . setiap daripada mereka telah melakukan pelbagai kerja seperti mengecat , menampal , mereka , mengelap dan mencuci . hasil seni yang dihasilkan pada minggu lepas turut dilesapkan daripada pandangan orang . semua logo dan motto yang direka telah dipamerkan untuk tontonan 13 tahun ke atas . [yela , mane ade budak sekolah rendah !]
jiran mereka yang namanya telah dirahsiakan telah berkata "wah ! lawanya" apabila mereka terlihat hasil transformasi yang berlaku . hal ini menyebabkan penghuni sc1 tersenyum lebar hingga ke telinga dan berusaha untuk mengekalkan ceriaan itu .
sesuatu yang menggembirakan telah berlaku . seorang warga yang mengeritik kelas mereka turut memuji mereka . dia yang muncul tiba-tiba secara berseorangan telah mengejutkan penduduk sc1 yang leka menyanyi . dengan hanya berdiri di belakang kelas , dia telah mengomen hasil kerja mereka . katanya " baru cantik ! nice " . dia turut mencadangkan dengan menambah cermin tingkap yang mungkin sudah ropong. selain itu , warga seri gading tersebut menyuruh supaya penduduk sc1 menambah bunga agar dapat menyerikan lagi kelas mereka . yang menjadi tanda tanya , dimanakan mahu mendapatkan stok bunga dan cermin tingkap ? kini , para penduduk sc1 mahu menuntut janji dengan meminta cikgu untuk membelanja mereka makan . [eh ! ya kew ?]
xera [ bukan nama sebenar] merupakan salah seorang suspek yang berjaya melakukan transformasi besar besaran sangat gembira dengan reaksi yang diberikan oleh pengeritik tersebut . dia yang kelihatan seperti mahu meloncat tinggi-tinggi hingga ke langit tidak dapat menyembunyikan senyuman yang terukir hanya kerana beberapa potong ayat . semoga , kelas science 1 dapat mengekalkan keceriaan mereka yang dikecapi sekarang ini .
sekian , kami melaporkan sekali lagi daripada buletin science1 .
Sunday, January 16, 2011
transformasi mengejut ! [silelah terkelu]
Assalamualaikum . .
pada hari jumaat yang lalu bersamaan dengan 14 Januari 2011 telah berlakunya satu peristiwa yang menggemparkan 5sc1 . kejadian ini berlaku dianggarkan pada pukul 2.00 petang selepas selesai persekolah sesi pagi . kejadian yang dianggap transformasi mengejut bakal mengejutkan pelajar-pelajar pada hari isnin kelak. transformasi yang dimaksudkan adalah daripada sebuah kelas putih kosong dan tidak mempunyai sebarang corak telah berubah seperti di tadika-tadika yang terdapat pada masa kini .
suspek utama yang terbabit kejadian ini ialah , xera [bukan nama sebenar , tika [bukan nama sebenar] , kyna de' cute [bukan nama dalam kad pengenalan] , nid-g [bukan nama sebenar] dan numi [juga bukan nama sebenar] . juga turut menjadi suspek ialah nadiah [bukan nama sebenar] kerana turut berada di dalam kelas memerhatikan mereka .suspek-suspek telah didakwa mengikut akta 2011 kanun kegembiraan atas sebab mencantikkan kelas dan menunggu respon cikgu untuk memberi komen atas aktiviti yang dilakukan . sabit kebetulan boleh menyebabkan mereka dipuji atau juga dipuja [konon] selama 11 bulan . tiada denda dikenakan kerana mereka mendapat loyalti atas penat lelah melakukan perubahan itu .
menurut saksi , mereka mendapat bahan mentah hasil daripada mengambil semula hak-hak mereka di kelas 4sc1 pada tahun 2010 . antaranya berus , watercolour , dan kain rentang . bahan-bahan ini telah diguna pakai untuk menghasilkan satu seni yang hanya difahami oleh mereka yang melakarnya . walaupun mereka tidak mengambil subjek pendidikan seni , sekurang-kurangnya hasil tangan mereka boleh mendapat sekurang-kurangnya A- dalam SPM . [ye kot]
segala respons bakal diketahui pada isnin ini . ayuh , kita beramai-ramai menyaksikan bagaimanakah reaksi penduduk-penduduk 5sc1 apabila melihat hasil kerja mereka . gembira ataupun sedih ? senang ataupun kecewa ? suka atau marah ? jangan lupa melihat siaran langsung pada jam 7 pagi dikelas 5sc1 . siaran ulangan tidak akan disiarkan . harap maklum .
sekian , saya melaporkan daripada buletin 5science1 . kembali ke pentas utama .
Subscribe to:
Posts (Atom)
sesi fotografi
5sn1+cikgu razak
